Haiiii semuaaa!!! Harini sis nak cerita sikit mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah sis haritu iaitu subjek ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak.Ni dah penghujung bulan dah. So, alhamdulillah dengan jayanya sis dapat menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah sebelum ni. Sis nak cerita sikit, actually seronok sangat belajar dalam mata pelajaran ICT ni sebabnya pensyarah kami haritu dia bagi tugasan untuk membuat tugasan berkenaan video pengajaran dan tugasan kedua kami perlu menghasilkan games menggunakan ICT. So, sebenarnya sebelum ni sis tak reti pun edit video, tak reti pun nak hasilkan sesuatu video mengenai pembelajaran sebab sebelum ni hanya tengok dalam youtube je haa. So bila pensyarah sis suruh buat tugasan macam tu, at the same time sis dapar explore macam mana nak hasilkan video pengajaran tersebut. Sis hasilkan video pengajaran tu dengan guna power point je tau hehehe nampak mudah je kann. Lepas dah explore dalam power point tu, sis baru tahu rupanya banyak benda yang boleh dilakukan dengan menggunakan power point huhuhu sebelum ni tak tahu pulak. Eh bukan tak tahu but tak pernah ambil tahu opss hahaha. Bila dah siap je video pengajaran yang sis buat tu kan, sis rasa bangga ibarat macam dah terbitkan buku sendiri pulak haha (kembang hidung jup) dan sis rasa seronok teramat sangat. Have fun dan seronok sangat sis rasa. Kami dapat tugasan tu lain daripada yang lain kerana dapat memberikan input yang bermanfaat buat kami. So, apabila kami dapat menghasilkan video pengajaran ni, secarara tidak langsung apabila kami dah jadi guru nanti kami dapat mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baharu untuk kanak-kanak. Buat benda ni kanak-kanak tak rasa bosan. Sis sangat berpuas hati dengan tugasan yang sis lakukan memang best sangat. Walaupun agak menguji kesabaran juga bila nak buat ni, tetapi dengan bantuan daripada pensyarah dan kawan-kawan akhirnya sis dapat lah siap juga. Alhamdulillah bersyukur kerana akhirnya dapat siapkan tugasan yang diberi dan input yang diberikan sangat berguna buat kami untuk digunakan untuk masa hadapan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Cik Nur Faridatul Jamalia yang cantik dan baik kerana memberikan assignment yang sangat gempak buat kami. Bukan hanya untuk kami gunakan dalam pembelajaran sahaja malahan benda yang diberikan ini kami dapat menggunakan untuk waktu kerja pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan