Jumaat, 23 Oktober 2020

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

 




Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 tahun. Tak lama dah nak masuk umur 22 tahun huhuhu semakin tua dah usiaku nanti. Pejam celik-pejam celik cepat je masa berlalu. Sis rasa baru je sis daftar masuk sem 3 baru ni. Tup tup nak habis dah nak dekat dengan exam dah pun. Tulahh.. Alhamdulillah banyak assignment yang kami dah hantar. Kami dapat bekerja secara berkumpulan dengan baik. Dah nak abis sem 3 dan tak lama lagi masuk sem 4 dah haa. Umur semakin lama semakin meningkat and as a human kita bukan hanya perlu kejar dunia semata-mata tetapi ilmu akhirat pun perlu kejar juga. Kita tak tahu bila kita akan di jemput illahi dan bumi sekarang pun dah semakin tua. Biar dunia di tangan tetapi akhirat di hati. Pelu seimbanglah dalam mengejar dunia dan akhirat. Masa berlalu terlalu pantas. Banyak jugaklah pengalaman yang indah-indah sepanjang si belajar di Universiti Kolej Yayasan Pahang. Semua pensyarah baik-baik, memahami dan kawan-kawan juga pun Alhamdulillah baik dan sangat sekepala, Sis bersyukur sangat sebab belajar dekat UCYP sebabnya dekat dengan rumah dan satu lagi bidang yang diminati. Kalau macam sebelum ni, sis dapat melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tapi sis terpaksa tolak sebab sis tak minat pengajian dalam bidang seni sebabnya sis ni mana reti melukis huhuhu. Alhamdulillah sis bersyukur sebab Allah makbulkan doa sis sebab dapat capai apa yang sis minat. Insha Allah moga dapat menjadi seorang cikgu atau pensyarah yang berjaya suatu hari nanti.

            Sis nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sis di Universiti. Tanpa bantuan mereka sis pun tak sampai ke tahap sekarang. Sis berharap nanti kalau kami semua dah habis belajar, kami masih lagi berhubung antara satu sama lain dan hubungan silaturrahim tu berkekalan sehingga ke akhir hayat dan ke jannah. So nanti bila dah habis belajar dan masing-masing dah bekerja, mungkin payah nak jumpa dah betul tak? Katakan nanti kami semua dah tamat belajar dan amsing-masing duduk jauh mungkin susah untuk berjumpa. Mungkin kami boleh berkomunikasi menggunakan alat teknologi yang canggih sekarang dan menggunakan ICT iaitu seperti dengan menggunakan video call melalui whatsapps,google meet,facebook,twitter dan secara tidak langsung, dengan adanya pelbagai kemudahan ini kami masih dapat boleh berhubung.

            Selain itu, mengenai perancangan sis. Sis ada perancangan dan matlamat sendiri iaitu apa yang saya nak capai dan apa yang saya nak dalam hidup saya. Sejak kecil sehingga dewasa, cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang pendidik iaitu guru.




 Why saya minat menjadi seorang pendidik? Saya minat berkongsi ilmu dengan orang lain. Korang tahu tak, ilmu yang kita kongsikan dengan anak didik itu mereka akan gunakan sehingga kita mati dan apabila kita mati kita still dapat pahala tau dengan ilmu yang kita pernah sampaikan. Besar ganjaran menjadi seorang pendidik ni. Bukan senang untuk nak menjadi seorang pendidik dan ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam mendidik para pelajar agar menjadi manusia yang berguna dan pandai.  Alhamdulillah saya bersyukur sebab matlamat saya tercapai untuk sambung ijazah dalam bidang yang diminati. Bersyukur sebab diberikan peluang untuk belajar sehingga ke tahap ijazah sarjana. Selepas tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda, insha Allah jika diberi peluang dan diizinkan oleh Allah, saya ingin menyambung lagi pengajian ke peringkat



master dan PHD. Target saya insha Allah lepas dah habis pengajian ijazah sarjana saya ingin menyambung terus pengajian ke peringkat master dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sebab saya nak menjadi seorang pensyarah dan jika diberi peluang dan rezeki, saya ingin menjadi seorang pensyarah dan berkhidmat di negeri kelahiran saya sendiri iaitu di Universiti Kolej Yayasan Pahang. Why saya minat berminat nak berkhidmat di UCYP? Yang pertama sebab saya nak berbakti kepada negeri kelahiran saya sendiri dan yang kedua adalah sebab saya lihat pensyarah-pensyarah dekat situ sangat sporting,have fun,baik lagi-lagi sekarang Alhamdulillah kami dapat dekan yang sporting,have fun dan good lucky. Di samaping bekerja sebagai seorang pensyarah, saya ingin membuka sebuah tadika yang diuruskan oleh saya dan keluarga. Jika diberikan kesempatan, saya juga ingin melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah PHD dan target umur saya ingin melanjutkan pengajian peringkat PHD adalah berumur dalam lingkungan umur 32 tahun kerana itu adalah matlamat saya dalam hidup.

            Seterusnya, bagi saya untuk menjadi seorang yang bergelar pelajar bukan senang untuk kita nak capai sesuatu kejayaan dan kekadang kita jatuh dan kadang nai. Bagi saya setiap kali kita jatuh Allah nak uji kita dan Allah nak kita bangkit daripada kegagalan. Allah uji sebab Allah tahu kita mampu untuk menghadapinya. 



Untuk nak capai kejayaan, kita akan menempuh kegagalan dahulu baru kita akan berjaya. Apabila dah melalui proses kejatuhan dan kegagalan, baru kita boleh berjaya. Allah lihat apa yang kita buat dan usaha dan jangan pernah give up dalam hidup. Bagi saya, apabila kita dah masuk ke peringkat universiti, bukan otak pelajar yang terlalu cerdik diperlukan iaitu cerdik di atas sijil spm semata-mata tetapi cara pembelajaran yang diperlukan untuk berjaya.Kekadang kita lihat ramai pelajar SPM cemerlang tetapi masuk Universiti dah tak cemerlang. Hal ini kerana cara seseorang menguruskan masa mereka. Pengurusan masa itu sangat perlu apabila melanjutkan pelajaran peringkat Universiti.

Apabila kita mampu menguruskan masa dengan baik dalam melakukan sesuatu tugasan, insha Allah kita dapat meningkatkan diri kita, kita dapat meningkatkan kemahiran untuk kita berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan adanya pengurusan masa dalam pembelajaran, kita dapat bahagikan masa dengan baik, bahagikan tugasan dan menyebabkan tidak terlalu stress.

            Saya bukan seorang pelajar yang cerdik dan pandai dan bukan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi saya sentiasa cuba untuk bangkit dari hari ke hari. Saya bangkit daripada kegagalan dan saya berusaha untuk mencapai matlamat apa yang saya impikan dalam hidup saya. Saya nak tengok parents saya bangga dengan keputusan cemerlang yang saya akan peroleh suatu hari nanti dan saya berharap dengan restu dan redha serta doa daripada ibu bapa dan para pensyarah insha Allah saya boleh berjaya.  Saya bukan pelajar yang cerdik dan pandai tetapi saya bangkit daripada kegagalan dan saya cuba untuk nak ubah nasib hidup saya. Walaupun otak saya bukan genius but I’m try and I’m always try for membuktikan kepada mereka yang saya mampu lakukan dan boleh. Kalau orang lain boleh kenapa tidak saya. Insha Allah saya berharap one day segala cita-cita saya akan tercapai dan saya dapat berbakti kepada ibu bapa saya dan apa yang membuatkan saya bahagia dalam hidup saya adalah dengan membuat orang lain bahagia dan tersenyum dan itulah hadiah bermakna dalam hidup saya. Moga Allah permudahkan segala apa yang saya inginkan Aamiin ya Rab.

            Saya memohon ampun dan maaf jika saya ada tersalah kata atau bicara sepanjangpenulisan yang saya sampaikan ini. Ya baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari diri saya sendiri. Moga kita beroleh rahmat daripada Allah SWT.

 



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

  Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 t...