Haiii!! Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaJ. Apa khabar semua. Sihat ke? Harap semuanya sihat dan baik-baik sahaja ya sebab semakin hari semakin meningkat pula kes Covid-19 dan semakin hari semakin ramai pula yang mati. Takut pulak sis rasa hehehe. So sis harap anda semua duduk di rumah, bersihkan tangan dengan sabun dan keluar jika ada hal penting sahaja ya. Covid-19 semakin berleluasa dah sekarang ni dan take care of yourself okey.Semoga kita semua selamat dan di lindungi oleh Allas SWT. Adoii ke lain dah sis ni hahaha. Kalau bab bercerita benda lain laju dan segar je mata. Kalau nak bercerita mengenai pembelajaran mengatuk pulak sis rasa
. Adoilahhh. Biasalah kan. Lagi-lagi kalau time nak buka then baca buku, lagi mengantuk. Haishhh syaitan ni memang suka bagi melalaikan.
Shuhh shuhh nyah ko dari sini wahai syaitan sis nak berkongsi ilmu dengan orang ramai hehe. Sebelum bermula mari kita sama-sama baca al –fatihah moga dapat dijauhi daripada godaan syaitan dan semoga apa yang di sampaikan akan diterima. Sambil tu jom ler pasang lagu sambil mengarang penulisan ini agar tidak mengantuk hehehe..Okey jom kita sambung pembelajaran ICT pada hari ini iaitu mengenai topik 7 iaitu permainan interaktif dalam program pendidikan awal kanak-kanak… Jeng,jeng,jeng….
Kalau
kita lihat pembelajaran melalui permainan interaktif ni ianya adalah merupakan
salah satu pendekatan cara pembelajaran iaitu belajar sambil bermain.
Kepentingan permainan interaktif ini juga mampu menjadikan sesuatu pembelajaran
itu lebih menyeronokkan, menarik serta berkesan. Permainan interaktif juga
sesuai digunakan untuk kanak-kanak belajar. Pada masa kini, kita dapat lihat
bahawa kanak-kanak apabila diajar berpandukan buku semata-mata, ianya akan
menjadikan kanak-kanak tersebut rasa bosan kerana hanya pandukan buku sahaja.
Kalau masa kini kita dapat lihat guru banyak menggunakan sesuatu cara agar
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan berasa lebih seronok iaitu
seperti dengan adanya permainan interaktif iaitu bermain sambil belajar.
Bermain sambil belajar ni sangat penting untuk kanak-kanak kerana ianya dapat
meningkatkan, mengembangkan minda serta otak kanak-kanak. Secara tidak
langsung, kanak-kanak dapat bermain sesuatu perkara dan di samping itu guru tu
menerapkan pembelajaran bermain sambil belajar dan kanak-kanak tidak akan
berasa bosan di dalam sesuatu pembelajaran dan mereka akan lebih berasa seronok
lagi untuk belajar dan untuk menerokai sesuatu yang baharu. Menurut Maria
Montessori (1912), beliau menekankan bahawa kanak-kanak belajar sesuatu semasa
kanak-kanak bermain dan belajar iaitu dari persekitaran di sekeliling mereka.
Guru juga harus merancang pembelajaran untuk kanak-kanak belajar dengan gembira
agar mereka dapat berinteraksi dalam pembelajaran.
Selain itu, permainan interaktif
merupakan sesuatu permainan yang menggunakan komputer multimedia iaitu seperti
menampilkan cerita,gambar,bunyi serta lagu. Kanak-kanak juga dapat melibatkan
diri secara aktif iaitu dengan permainan tersebut.Ini adalah merupakan
permainan teknologi digital (perisian komputer) yang membantu serta dapat
memberi kemudahan kepada pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Permainan
interaktif ini juga merangkumi interaksi interaktif serta pergerakan mesra
kanak-kanak iaitu seperti permainan lumba matematik serta kad bergambar.
LAMAN WEB UNTUK
KANAK-KANAK BERMAIN DAN BELAJAR DENGAN RIANG
1)
Aplikasi Permainan Toca Boca
2)
National Geographic Kids
3) BrainPOP
GAMBAR
RAJAH MODEL ADDIE
1)
ANALYSIS (ANALISIS)
Dalam
langkah ini, pembangunan perisian perlu untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi serta cara untuk menyelesaikannya. Masalah dapat dikenal pasti melalui
tinjauan, pemerhatian, temu bual dan sebagainya. Setelah mengenal pasti sesuatu
masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu untuk mencari faktor atau
punca yang menimbulkan masalah. Dalam fasa analisis ini juga, aspek dari segi
persekitaran pembelajaran, serta objektif pembeljaran dapat dikenal pasti.
2)
DESIGN (REKA BENTUK)
Fasa
reka bentuk adalah merupakan proses untuk memindahkan sesuatu maklumat daripada
fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan iaitu dalam
proses pembinaan. Semua maklumat dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa
analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perakara tersebut
perlu diberi perhatian iaitu seperti perlu menentukan kandungan bagi perisian
yang berlandaskan kandungan yang telah di rangka dalam fasa analisis dan juga
menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan
objektif bagi pembinaan perisian.
3) DEVELOPMENT (PERTUMBUHAN)
Pembangunan
melibatkan proses untuk menghasilkan atau membangunkan sesuatu perisian dengan
menggunakan multimedia serta alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu
dibangunkan iaitu berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa reka
bentuk
4)
IMPLEMENTATION (PELAKSANAAN)
Fasa
ini digunakan oleh pembangun perisian untuk melaksanakan perisian multimedia.
Kesemua elemen yang utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlu
digarapkan ke dalam fasa perisian iaitu dengan bantuan alat pengarangan.
5)
EVALUATION (PENILAIAN)
Fasa ini adalah merupan fasa penilaian serta penilaian
perisian yang dibangunkan untuk memastikan grafik, isi kandungan, audio, dan
antara muka perisian bersesuaian. Fasa ini juga menguji adakah sesuatu objektif
perisian itu tercapai ataupun tidak.
IBU BAPA DAN GURU MEMAINKAN PERANAN
YANG PENTING DALAM MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK BERKESAN DAN
MENYERONOKKAN
PERANAN IBU BAPA
1)
Ibu bapa perlu mempelajari mengenai konsep bermain agar mampu mengajar kepada
anak-anak
2)
Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak untuk mempelajari mengenai
sesuatu perkara iaitu emluangkan masa bermain dan belajar bersama mereka.
PERANAN GURU
1)
Guru perlu mempelbagaikan lagi cara pengajaran
2)
Guru perlu merancang sesuatu pembelajaran yang ingin dilakukan
3)
Menyediakan pelbagai program yang berkaitan dengan pembelajaran
Kita
perlu menggunakan pelbagai cara dalam mendidikan anak-anak agar mereka ingin
mengetahui dan mempelajari mengenai sesuatu perkara. Jika tidak mempelbagaikan
sesuatu dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, ia akan menyebabkan
kanak-kaanak berasa bosan untuk nak belajar.Sekian sahaja penyampaian daripada
saya. Saya berharap semoga penyampaian yang disampaikan oleh saya bermanfaat
buat anda semua, Semoga bertemu lagi di masa yang akan datang….
RUJUKAN
https://cikgusyaida.wordpress.com/model-addie/
https://slideserve.com/paul-tyler/the-addie-model
Tiada ulasan:
Catat Ulasan