Haiii!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaJ. Apa khabar
semua. Sihat ke? Harap semuanya sihat dan baik-baik sahaja ya. Harini kita akan
sambung mengenai bab 6. Iaitu belajar mengenai internet dan laman web seluruh dunia
(World Wide Web).Pada masa kini kalau
kita lihat pelbagai cara yang boleh dilakukan dan pelbagai perkara yang boleh
dilakukan untuk menarik minat pelajar untuk belajar dan seterusnya untuk
mendapatkan maklumat sekarang, semuanya hanya di hujung jari sahaja. Di mana
cepat dan pantas untuk mendapatkan maklumat pada masa kini. Kalau kita lihat
pada zaman kini, para guru dan para ibu bapa banyak menggunakan internet untuk
mengajar anak-anak iaitu di mana dalam internet juga terdapat pelbagai program
internet dan laman web yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Ianya juga dapat
menarik minat kanak-kanak. Kalau kita lihat di mana-mana dunia atau negara,
sekarang ni penggunaan internet adalah secara luas dan laman web internet juga
digunakan secara meluas di seluruh dunia. Teknologi sekarang begitu canggih dan
dalam pembelajaran juga, guru-guru juga lebih menerapkan kepada penggunaan
internet untuk mengajar kanak-kanak. Dengan adanya teknologi dan internet,
ianya dapat memudahkan urusan dalam melakukan sesuatu iaitu di mana proses itu
akan menjadi lebih cepat dan pantas. Sejak kebelakangan ini, penggunaan
teknologi dan internet World Wide Web menjadi
begitu dominan dalam kehidupan manusia. Dengan belajar melalui internet dan World Wide Web merupakan satu pendekatan
baru dalam norma semasa. Kalau kita lihat, pada masa kini berlakunya Perintah
Kawalan Pergerakan Bergerak iaitu disebabkan Covid-19. Apabila berlakunya
perkara sebegini, ia akan menjadikan sesuatu norma yang baru buat pelajar, guru
dan mayarakat. Jika lihat dahulu, guru kurang menggunakan internet tetapi
apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan Bergerak (PKPB), secara tidak
langsung kanak-kanak suka hadir ke sekolah untuk bergerak secara bebas. Jadi,
dengan adanya teknologi yang canggih dan penggunaan internet, di mana-mana
sahaja kanak-kanak dapat belajar. Dengan berlakunya norma baru, kanak-kanak
dapat menggunakan internet dalam pendidikan mereka. Walaupun kanak-kanak tidak
dapat belajar di sekolah tetapi guru dan ibu bapa boleh mengguankan internet
untuk mencari pelbagai program yang telah disediakan di dalam web tersebut.
Banyak program yang telah didapati di dalam internet. Iaitu dari segi
bercerita, bermain game, dan belajar sambil bermain, lagu dan sebagainya.
PROGRAM INTERNET BAGI
KANAK-KANAK
Terdapat
juga program internet bagi kanak-kanak. Terdapat beberapa jenis program internet
kanak-kanak yang boleh kita gunakan. Antaranya seperti National Geographic Kids, Baby Tv.com, dan Spatulatta.
1) Baby TV .Com
Baby Tv.com merupakan rangkaian bayi yang sangat terkemuka di dunia iaitu dari siaran FOX. Program ini ditayangkan sebanyak 24 jam sehari dan juga ianya menampilkan rancangan yang sangat berkualiti tinggi yang dapat dibuat dengan bimbingan para pakar perkembangan kanak-kanak dan ianya juga direkodkan untuk kanak-kanak serta para ibu dan bapa untuk ditonton secara bersama. Kalau kita lihat dalam Baby TV ni, setiap jam siaran ini akan memaparkan perjalanan cerita, lagu, sajak dan watak yang disukai. Pada waktu siang hari, episod dia lebih pendek manakala pada waktu malam ianya menampilkan visual yang lembut dan juga disertai dengan lagu yang lembut dan menenangkan. Sebagai contoh, kalau kita dapat lihat waktu malam, ada sesetengah ibu bapa yang anak dia tak boleh nak tidur pada waktu malam dan seterusnya dia akan memasang siaran ini untuk anak dia tonton. Lama kelamaan anak-anak dapat tidur dengan sendiri kerana melihat dan mendengar irama lagu yang menenangkan. Dengan mendengar lagu sedemikian, ia dapat menenangkan jiwa kanak-kanak dan lebih lena untuk tidur.
2) Spatulatta
Spatulatta
merupakan satu laman web iaitu di mana kanak-kanak tu belajar bagaimana cara
untuk memasak. Berdasarkan maklumat yang telah saya cari, antara matlamat utama
kenapa adanya laman web ini adalah untuk memupuk pembelajaran rakan sebaya,
mengajar kanak-kanak cara makan makanan yang sihat dan mengajar kanak-kanak
dalam kemahiran hidup. Spatulatta ini merupakan karya 2 gadis kecil dan 2 orang
wanita. Walaupun Belle dan Liv adalah merupakan bintang di kamera, ibu mereka
Heidi dan jirannya Gaylon adalah pendorong di belakang tabir. Program ini juga
membuat keputusan sejak awal iaitu mengizinkan anak-anak menggunakan pisau yang
asli dan menggunakan oven agar keyakinan mereka akan terbina serta mereka dapat
memperoleh kemahiran yang akan bertahan seumur hidup mereka. Program ini ianya
lebih mengajar kanak-kanak cara bagaimana untuk memasak, bagaimana cara nak
menghasilkan sesuatu masakan yang sihat.
Dia mengajar kanak-kanak secara situasi sebenar iaitu bagaimana cara
memegang pisau, dan masak menggunakan oven. Mengajar kanak-kanak memasak dengan
cara yang betul dan dengan menggunakan bahan yang sebenar. Sebagai contoh
seperti pengunaan tepung, dengan adanya oven.
Apabila adanya program ini, kanak-kanak tu belajar dan secara tidak
langsung mereka mempunyai keyakinan untuk melakukan perkara sedemikian dan
perlu dipantau oleh guru atau ibu bapa.
3)
National Geography Kids
Program
ini adalah di mana satu program iaitu di mana kanak-kanak tu boleh menonton
video, boleh belajar melihat haiwan, bermain game dan mengetahui mengenai alam
serta dunia di sekeliling mereka. Kanak-kanak tu dapat merasai perkara sebenar
dan dapat mengenal haiwan yang sebenar serta merasai alam yang terdapat di
sekeliling mereka.
Kebaikan Penggunaan
Internet
Antara
kebaikan penggunaan internet adalah dapat menerima maklumat dengan mudah dan
pantas. Carian maklumat tidak dihadkan maknanya melalui cara ni para pelajar tu
lebih didedahkan kepada World Wibe Web untuk
mencari sesuatu maklumat yang mereke mahukan. Penggunaan internet ini juga
dapat menjimatkan kos. Jika seseorang pelajar nak cari rujukan, mereka hanya
perlu melayari internet sahaja untuk mendapatkan sumber dengan mudah kerana
terdapat pelbagai sumber yang mereka nak cari memang semua ada dalam internet.
Dengan merujuk internet tak perlu lagi nak ke perpustakaan untuk rujuk buku dan
secara tidak langsung dengan menggunakan internet dapat menjimatkan masa.
Seterusnya, pelajar juga dapat menambah kenalan. Penggunaan facebook dan
Twitter dapat lebih kenalan iaitu sama ada dalam atau luar negara. Apabila
pelajar mendapat kenalan yang baru, mereka dapat bertukar-tukar maklumat dan
juga pelajar tersebut dapat juga bertukar maklumat melalui hubungan sosial.
Sebagai contoh, Ali dari Universiti Kebangsaan Malasia (UKM) bertemu kenalan di
facebook iaitu Ahmad dari Universiti Sains Malaysia (USM). Secara tidak
langsung mereka dapat berkongsi maklumat yang mereka perolehi. Di samping itu
ialah pendidikan dalam talian. Pembelajaran yang dilakukan dalam talian iaitu
di mana persidangan video digunakan iaitu para pelajar tidak perlu menghadiri
kelas secara fizikal iaitu para pelajar hanya belajar secara atas talian.
Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga. Walaupun di mana-mana
kita berada kita masih boleh belajar dengan adanya video secara atas talian.
Kekurangan
Penggunaan Internet
Antara
kelemahan penggunaan internet adalah maklumat yang tidak tepat. Adakah sesuatu
maklumat yang kita dapat melalui internet itu tepat dan benar? Macam mana kita
nak tahu maklumat yang kita dapat tu betul atau tidak. Sebagai contoh,
terdapatnya maklumat mengenai isu yang terkini yang di sampaikan melalui
internet. Kekadang kita tak tahu maklumat yang terdapat dalam internet tu sahih
atau tidak sebenarnya. Kita pun tak tahu. So, secara tidak langsung ianya boleh
mengakibatkan berlakunya kekeliruan serta dapat memberi kesan yang besar
terhadap golongan dewasa dan kanak-kanak. Selain itu adalah membuang masa. Masa
yang banyak terbuang dengan melayari laman web yang tidak berfaedah , bermain
permainan game. Apabila kanak-kanak mula melayari internet, mereka akan banyak
habiskan masa dengan melayari laman web yang tidak berfaedah dan juga bermain
game. Kalau kita lihat kanak-kanak pada masa kini, ramai kanak-kanak diberikan
kebebasan untuk bermain game untuk dalam masa yang agak lama. Secara tidak
langsung, ia dapat membuang masa kanak-kanak dan masa yang diperuntukkan hanya
untuk bermain game manakala masa untuk belajar semakin berkurangan. Bagi saya,
untuk nak melakukan aktiviti seperti bermain game, sembang atau melayari
internet boleh tetapi perlu dipantau oleh ibu bapa dan guru dan perlu pandai
untuk mengagihkan dan memperuntukkan masa yang tidak terlalu lama untuk bermain
dan sebagainya.
Kesimpulannya,
pengaruh ICT pada masa kini iaitu dalam zaman kemodenan dan kehidupan pada masa
kini tidak dapat dielakkan dengan penggunaan Internet dan ICT. Internet dan ICT
juga mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan dan khususnya kepada para
pelajar, kanak-kanak serta generasi muda pada masa kini. Ia telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan moden yang kian meningkat pengaruhnya serta
penggunaannya dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak tertentu juga perlulah
mengambil tindakan dengan mengawal secara rapi bagi penggunaan internet dalam
kalangan pelajar agar pelajar tidak cenderung dalam masalah sosial malah dasar-dasar
kerajaan yang berkaitan dengan pendidikan dan budaya perlulah meletakkan isu
salah satu guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting iaitu
bagi permodenan dan pengguna serta bangsa. Para ibu bapa dan guru juga perlu
memantau apa yang kanak-kanak lakukan dan mengawasi penggunaan internet
kanak-kanak agar ia tidak mendatangkan kesan kepada kanak-kanak di masa akan
datang.
RUJUKAN
https://www.commonsensemedia.org/website-reviews/national-geographic-kids
https://content.astro.com.my/channels/BabyTV-94
Tiada ulasan:
Catat Ulasan