Ahad, 13 September 2020

PENGENALAN KEPADA ICT (BAB 1)

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai! Saya Amirah Nadiah Binti Mansor. Saya merupakan seorang pelajar University College of Yayasan Pahang, Kuantan dan saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan sekarang saya berada dalam semester 3. Terima kasih kerana sudi datang dan membaca mengenai blog saya ini. Blog saya ini adalah berkaitan dengan tajuk ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak dan saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk memudahkan bakal-bakal pelajar serta guru untuk mengetahui mengenai ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak. Saya memohon maaf sekirannya terdapat kekurangan di dalam blog ini kerana saya masih belajar untuk mencari ilmu ini dan cuba memahami dengan lebih mendalam mengenai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi. Jika terdapat sebarang kesalahan, anda boleh komen di ruangan di bawah. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan manfaat dan semoga dapat dijadikan rujukan buat anda semua.


Hari ini saya ingin menceritakan tentang topik 1 iaitu mengenai pengenalan kepada ICT. Pada masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah sesuatu yang sangat penting untuk kita gunakan kerana ia juga dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran buat para guru dan kanak-kanak. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah pengajaran dan juga pembelajaran secara berkesan dan efektif. ICT bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah perlu diintegrasikan agar proses pengajaran dapat berjalan dengan menarik serta lancar. Menurut Fauziah Ahmad, (2006), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan ICT secara terancang serta bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan bagi proses pengajaran serta pembelajaran menjadi dengan lebih berkesan serta lebih menarik lagi.

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Apa itu ICT? Teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu istilah umum yang menerangkan mengenai sebarang teknologi yang membantu menghasilkan, menyimpan, berkomunikasi, memanipulasi atau menyebarkan sesuatu maklumat yang melibatkan dengan teknologi komputer serta perkongsian dan perpindahan maklumat dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, teknologi maklumat dan komunikasi adalah merupakan teknologi yang berkaitan dengan penyimpanan, pemerolehan, pem-prosesan serta penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer serta telekomunikasi.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru serta kanak kanak, mereka akan dapat lebih menguasai menggunakan teknologi-teknologi yang terkini yang dapat membantu mereka dalam memahami bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari serta mereka dapat menyimpan, merekod serta memproses setiap maklumat yang telah mereka dapat .

Penggunaan ICT ini juga merupakan bahan bantu mengajar (BBM) untuk para guru kerana ianya dapatmemudahkan digunakan oleh guru secara berulang-ulang kali. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan serta menarik dengan menggabungkan elemen multimedia yang menggunakan flash, power point dan juga sebagainya. Secara tidak langsung ianya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan juga dapat menarik perhatian kanak-anak ketika proses pembelajaran

ASAS SISTEM KOMPUTER

Komputer dapat melakukan 4 operasi yang dapat menjadi elemen penting untuk kitaran proses maklumat. Antara asas sistem komputer adalah Input. Input adalah di mana komputer menerima data melalui peranti input. Komputer tidak dapat untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik jika terdapat kekurangan pada sesuatu data-data tersebut. Komputer akan menerima data melalui peranti input iaitu seperti tetikus (Mouse), papan kekunci (Keyboards), pengimbas (Scanner) dan sebagainya. Kedua adalah pemprosesan (Processing). Komputer mempunyai unit untuk melakukan arahan yang diberi iaitu dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima serta menyimpan data-data dari sesuatu peranti input dan kemudian akan diproses mengikut arahan serta dihantar hasilnya kepada peranti output. Ketiga adalah output. Output merupakan keputusan pemprosesan yang dapat dihasilkan oleh komputer anda atau dapat dicetak terus pada kertas cetak. Alat-alat output adalah seperti mesin pencetak (Printer), pembesar suara (Speaker) dan monitor (Monitors). Keempat adalah penyimpanan (Storage). Komputer dapat menyimpan data, program serta hasil pemprosesan untuk penggunaan masa depan.  Ia memudahkan guru untuk menyimpan segala aktiviti-aktiviti dan tugasan sekolah yang telah dihasilkan dan disiapkan.

KOMPUTER DAN SIFATNYA

Bagi saya, penggunaan laptop atau komputer adalah sangat penting untuk digunakan pada masa kini. Setiap rumah perlu dilengkapi dengan sekurang-kurangnya satu komputer atau laptop kerana jika tidak memiliki laptop atau komputer, agak sukar untuk menyiapkan sesuatu tugasan dengan segera kerana di dalam komputer terdapat pelbagai kemudahan aplikasi yang boleh digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kerja anda. 

Ramai kanak-kanak yang sudah mahir menggunakan komputer pada masa kini kerana pemikiran mereka pada masa kecil adalah sangat kuat dan cekap.  Apa yang saya nampak adalah komputer pada zaman dahulu dan zaman sekarang adalah berbeza kerana setiap zaman akan berlaku perubahan mengikut arus permodenan. Kalau macam dahulu ramai menggunakan komputer dan mesin menaip surat. 


Zaman sekarang hanya menggunakan laptop sahaja dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja kita berada. Di bawah ini terdapat 5 generasi perubahan teknologi bagi komputer iaitu anda boleh lihat berlakunya perubahan pembuatan komputer pada zaman dahulu dan juga pada zaman sekarang.


GENERASI PERTAMA (1940-1956)

Semasa generasi pertama komputer dikembangkan, komputer ini telah dilengkapi dengan tiub vakum. Ianya adalah diperbuat dari kaca serta operasi sebagai komponen penyimpanan serta pemprosesan data. Antara masalah yang berlaku pada generasi ini adalah ianya menghasilkan haba dalam sesuatu jumlah yang besar yang boleh merosakkan komputer tersebut dan malahan tiub vakum itu sendiri memang mudah terbakar. Sebagai contoh, komputer dalam generasi ini adalah ENIAC dan beratnya hingga 30 tan , mempunyai 18000 tiub vakum serta menempati ruang 30 hingga 50 kaki serta menggunakan sehingga sekurang-kurangnya 16000 Watt elektrik.

GENERASI KEDUA (1956-1963)

Pertama kali transistor digunakan untuk menggantikan tiub vakum dalam sistem komputer. Transistor merupakan peralatan kecil yang menghantar isyarat elektronik iaitu melalui perintang. Transistor berfungsi dengan 40 tiub vakum. Ia tidak menghasilkan haba dengan kuantiti yang banyak serta hanya dengan menggunakan lebih sedikit elektrik daripada tiub vakum. Lebih pantas serta lebih murah daripada tiub vakum serta menjadikan komputer ini dalam generasi ini lebih kecil, leih cepat serta lebih dipercayai.  

GENERASI KETIGA (1964-1971)

Pada generasi ini, pembuat komputer telah menggantikan transistor dengan litar bersepadu iaitu yang dikenali sebagai ICC (Litar bersepadu). Ini adalah merupakan litar elektronik yang lengkap yang dibina di atas cip silikon yang disebut sebagai semikonduktor. Sudah tentu komputer pada zaman ini lebih dipercayai serta lebih padat berbaanding generasi yang kedua. Komputer digunakan secara meluas pada hari ini kerana saiznya yang agak lebih kecil serta dengan kos yang lebih rendah berbanding generasi sebelumnya.

GENERASI KEEMPAT (1971 – sekarang)



Pertama kali mikroprosesor diperkenalkan iaitu di mana beribu-ribu ICT dibina di atas satu kepingan silikon. Ruang generasi pertama yang menempati jarak antara 30 hingga 50 kaki dan kini telah dikemaskan beratus-ratus kali. Antara mikropemprosesan yang diperkenalkan pada awal generasi ini adalah cip intel iaitu 4004 serta semuanya diletakkan di dalam satu cip sahaja.

GENERASI KELIMA (Sekarang dan akan datang)



Ia berdasarkan kecerdasan buatan (AI). Ianya masih dalam pembangunan, tetapi ianya telah digunakan untuk beberapa alat elektronik pada hari ini. Sebagai contoh, aplikasi bagi Siri Iphone dan juga telefon Samsung Galaxy SIV. 

PERKAKASAN KOMPUTER

Perkakasan komputer adalah merupakan komponen fizikal bagi sistem komputer. Perkakasan komputer terbahagi kepada 5 iaitu:

1. Unit Pemprosesan Pusat

2. Peranti Input

3. Peranti Output

4.  Peranti Storan

5. Sistem Komputer

Setiap perkakasan tersebut mempunyai peranan serta fungsi yang tersendiri. Setiap satu akan melengkapi antara satu sama lain.

Apa itu CPU?

CPU merupakan Unit Pemprosesan Pusat atau juga dikenali sebagai Central Processing Unit iaitu merupakan otak bagi sesuatu sistem. CPU berperanan untuk menterjemahkan data input kepada maklumat output yang lebih bermakna juga. CPU juga merupakan litar elektronik yang juga dinamakan sebagai pemproses mikro. CPU juga berperanan untuk melaksanakan dan juga mengawal keseluruhan operasi komputer.

PERANTI INPUT

Peranti input merupakan perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan serta memasukkan program dan juga data kepada komputer. Semua peranti input mengekod (encode) maklumat kepada data agar ianya boleh diproses oleh sistem komputer. Antara contoh peranti input ialah:

                                                                      
Papan Kekunci

  Tetikus

                                                                                                                                         




 Mikrofon


Kamera Digital


PERANTI OUTPUT

Peranti Output merupakan peralatan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk didengar, dilihat atau digunakan oleh pengguna. Peranti Output menukar data komputer iaitu kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer. Antara contoh peranti output:

Pencetak

   
Monitor



PERANTI STORAN

Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya menyimpan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, maklumat, arahan serta dokumen. Ia juga boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa. Komputer menyimpannya di dalam bentuk electromagnet dan ianya juga boleh dicapai oleh komputer sahaja. Storan merupakan ruang ingatan bagi sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada 2 iaitu storan primer dan storan sekunder.

Storan Primer

-          Storan primer dikenali sebagai ingatan utama. Ia juga merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory). 


Storan primer adalah berada berasingan dengan CPU. Data serta suruhan perlu ada dalam storan primer sebelum ia boleh dicapai oleh CPU.

Storan Sekunder

- Storan sekunder merupakan storan altenatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia juga digunakan untuk menyimpan sesuatu program komputer serta dokumen. Storan sekunder adalah merupakan sebarang peranti storan yang direka bentuk untuk menyimpan data serta arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. 



SISTEM KOMPUTER

Sistem komputer adalah merupakan peranti elektronik yang berupaya untuk menerima data (input) iaitu menerusi peranti-peranti yang tertentu iaitu seperti papan kekunci oleh pengguna. 


Data-data tersebut akan diproses untuk menjadi maklumat yang berguna oleh CPU iaitu menerusi perisian yang tertentu. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan (Output) iaitu menerusi peranti iaitu seperti monitor mahupun pada mesin pencetak. Maklumat tersebut juga boleh disimpan (Storan) untuk kegunaan pada masa akan datang nanti.







RUJUKAN

http://anakcucuupahang.blogspot.com/p/muka-2.html?m=1 

https://www.scribd.com/document/360574267/Takrifan-Dan-Definisi-Teknologi-Maklumat-Dan-Komunikasi-DAN-PPBK

http://kumpulan1kawan.blogspot.com/p/test.html?m=1 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

  Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 t...