Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua. Hello,hello,hello.hihi…berjumpa lagi kita dalam bab
5 ni kita akan mengetahui mengenai perisian ICT dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Kalau kita lihat sekarang kan teknologi sekarang terlalu canggih
sampai dah 5G tauuuu..Hebat kan. Kalau kita lihat pada zaman sekarang,
teknologi yang digunakan pada zaman sekarang sangat canggih tauu. Kanak-kanak
pun dah pandai menggunakan tablet, laptop dan telefon pintar. Kanak-kanak pada
zaman dahulu dengan sekarang adalah sangat berbeza. Kanak-kanak pada zaman
dahulu pengajaran dan pembelajaran mereka lebih kepada menggunakan papan hitam,
dan buku dan sangat berbeza dengan pengajaran dan pembelajaran pada abad yang
Ke-21 sekarang iaitu di mana kanak-kanak lebih menggunakan teknologi ICT ,
menggunakan paparan grafik dan media dan video. Zaman dahulu kanak-kanak lebih
menggunakan buku manakala kanak-kanak zaman sekarang, proses pengajaran dan
pembelajaran mereka dengan menggunakan internet.
Selain itu, kalau kita lihat kanak-kanak pada zaman dahulu mereka belajar menggunakan buku kalau zaman sekarang penggunaan buku tu dah kurang kerana lebih kepada menggunakan internet. Kalau kita lihat kanak-kanak zaman sekarang kan, kalau guru ajar hanya berpadukan buku sahaja, menggunakan papan putih je, lama-kelamaan akan menyebabkan kanak-kanak tu berasa bosan untuk nak datang ke sekolah. That’s why zaman sekarang pelbagai cara yang telah dilakukan oleh guru untuk mengajar kanak-kanak supaya tak bosan. Antara aplikasi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah adalah seperti menggunakan Microsoft office. Sama ada guru tersebut menggunakan Microsoft word atau power point.
Microsoft Words ni kegunaan dia adalah macam untuk guru tu letak gambar , tulis perkataan. Lepastu dalam power point tu kan, guru tu boleh buat slide untuk kanak-kanak dan menggunakan slide untuk mengajar kanak-kanak. Slide tu merupakan ringkasan cerita dan adanya juga gambar-gambar yang cantik yang dapat menarik perhatian murid berbanding jika guru menggunakan buku sahaja atau tulis sahaja di papan putih. Secara tidak langsung, dengan adanya pengajaran dan pembelajaran seperti ini,ianya dapat menjadikan suasana pembelajaran tu lebih menarik serta dapat memudahkan para guru tu untuk menyampaikan pengajaran kepada kanak-kanak. Jadi, guru tu tak payah dah tulis dekat papan putih. Dengan adanya teknologi ICT seperti ini ianya menjadi lebih cepat dan guru tu boleh simpan dan guna semula bahan tersebut.
Seterusnya, para guru juga boleh menggunakan laman web video pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Iaitu di mana guru boleh menyediakan video pendidikan. Sebagai contoh menggunakan Disney Channel atau menggunakan video dalam Youtubes.
Guru juga boleh mengajar kanak-kanak tu dengan mengambil video dari Youtubes iaitu dengan mengaitkan cerita yang dipaparkan dengan menceritakan semula kepada kanak-kanak tentang perkara tersebut. Secara tidak langsung, bila melalui video atau cerita yang ditunjukkan oleh guru tersebut, kanak-kanak tu lebih mudah untuk mengingati sesuatu perkara dan lebih menyeronokkan iaitu seperti video yang dipaparkan dari segi video Wonderpat. Wonderpat memaparkan nilai bekerjasama antara rakan-rakan. So dari situ guru tu dapat explain lah. Macam dalam Disney Channel, dari cerita tu guru boleh mengkaitkan kisah teladan seperti cerita pada zaman dahulu dan sebagainya. Pengajaran menggunakan Youtube, guru boleh memasang lagu omar dan hana, didi and friend, adanya aktiviti pergerakan bersama pelajar.
Di samping itu adalah laman web intraktif.
Laman web interaktif ni adalah untuk memperkukuhkan konsep akademik iaitu
seperti fonetik, abjad, fonik dan nombor. Maksudnya kanak-kanak tu dapat
belajar secara atas talian dengan menarik iaitu adanya penggunaan bunyi,
penggunaan huruf dan nombor yang lebih kreatif.
Begitu juga, adanya sumber kolaboratif. Sumber kolaboratif membuatkan kanak-kanak dapat merasai pengalaman berkomunikasi dengan orang di seluruh dunia. Penggunaan Skype.
Skype digunakkan untuk menghantar fail, mesej atau pun video. Dengan adanya penggunaan Skype, kanak-kanak akan lebih terdedah dunia yang sebenar. Sebagai contoh, guru memaparkan video mengenai sesuatu perkara dalam pembelajaran atau Skype digunakkan untuk berkomunikasi dengan negara luar. Kanak-kanak dapat berinteraksi secara video atas talian dengan kanak-kanak dari luar negara. Skype antara sekolah di Malaysia dan Iran dan sebagainya.
Terdapat
4 tonggak pendidikan rubric oleh Hiresh-Pasek et al (2015).
1) PEMBELAJARAN AKTIF
Pelajar
memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka.
2) MELIBATKAN PENGAJARAN
Pelajar
melibatkan diri kerana aktif dalam pembelajaran
3) PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA
Pelajar membuat hubungan dengan pengetahuan sebelumnya dan pembelajaran semasa
4) PEMBELAJARAN INTERAKTIF SOSIAL
Pelajar
mempunyai interaksi sosial dengan yang lain dalam pembelajaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan