Rabu, 30 September 2020

HUBUNGAN ANTARA ICT DAN KOGNITIF (BAB4)

 

Hai,hai, hai semua. Cuaca sangat indah pada hari ini. Sungguh aman dan amat menyenangkan. Baru ni kami belajar bab 4 iaitu mengenai hubungan antara kognitif dan ICT. Korang tahu tak kalau belajar mengenai ICT ini sangat seronok tau. Banyak perkara yang kita tak pernah tahu dan dengan belajar mengenai ICT banyak sesuatu yang baru kita dapat ketahui.


 

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH JEAN PIAGET’S

Korang tau tak siapa tu Jean Piaget’s? Haa, kalau belajar bidang pendidikan awal kanak-kanak nama ni memang sering kita dengar tau dan kalau korang pernah belajar mengenai teori dalam pendidikan awal kanak-kanak lagilah korang pernah dengan nama dia. Jean Piaget’s ni dia mencipta teori kognitif tau. Teori kognitif ni dia melibatkan pemikiran bagi seseorang. Jean Piaget’s telah menyatakan bahawa terdapat 4 peringkat dalam pertumbuhan kognitif iaitu:

1)  Peringkat Sensorimotor

Peringkat sensorimotor ni dia melibatkan umur dari awal kelahiran sehingga umur 2 tahun. Pada peringkat ini, pengetahuan bagi bayi adalah sanagt terhad dan ianya juga bergantung kepada rangsangan deria serta aktiviti motor.

 2)    Peringkat Praoperasi

Pada praoperasi ini dia melibatkan kanak-kanak yang berumur dari 2 tahun sehingga umur 7 tahun. Pada peringkat ini , kanak-kanak cuba untuk belajar dengan menggunakan bahasa tetapi kanak-kanak tidak berupaya untuk memanipulasikan maklumat serta tidak berupaya untuk mengambil sudut pandangan bagi pihak orang lain.

3)   Peringkat Operasi Konkrit

Peringkat Operasi Konkrit ini ianya melibatkan kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat memahami bagi sesuatu operasi konkrit dan kanak-kanak juga mula untuk berfikir secara logic mengenai perkara tentang konkrit tetapi sukar untuk mereka memahami konsep bagi abstrak dan juga sukar untuk membuat andaian.

4)   Peringkat Operasi Formal

Peringkat Operasi formal ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 11 tahun sehingga 15 tahun. Peringkat ini adalah melibatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir megenai konsep-konsep abstrak serta munculnya pemikiran deduktif, pemikiran logic serta perancangan yang amat bersistematik.

 

KONSEP ASAS BAGI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH JEAN PIAGET’S

Terdapat 4 konsep asas bagi perkembangan kognitif oleh Jean Piaget’s iaitu:

1) Skemata

Skemata merupakan struktur kognitif yang membolehkan seseorang individu untuk menyesesuaikan dan menguruskan diri iaitu dengan persekitaran. Skema juga merupakan proses untuk membuat, membuat perubahan, menyempurnakan, mengatur serta mengurus. Sebagai contohnya, semasa bayi telah dilahirkan, skema yang ada bagi bayi tersebut ialah dia menahan serta menghisap jari.

2) Asimilasi

Asimilasi merupakan proses kognitif iaitu di mana seseorang menyatukan semua maklumat baru atau sesuatu pengalaman baru ke dalam skema yang ada iaitu sesuatu penyerapan maklumat yang baru ke dalam struktur yang telah ada.

3) Akomodasi

Akomodasi merupakan pengubahsuaian skema yang telah ada untuk menerima sesuatu maklmuat yang bar user dikenali juga sebagai penyesuaian dan dapat menghasilkan perubahan kualitatif serta pengembangan skema.

4) Keseimbangan

Keseimbangan merupakan kombinasi bagi proses asimilasi dan juga penyesuaian yang dapat membantu keseimbangan bagi kepercayaan, pengetahuan dan juga pengalaman. Keseimbangan dicapai apabila anak-anak dapat mengimbangkan proses bagi penyerapan dan pengubahsuaian. Jikan kanak-kanak sudah mencapai tahap keseimbangan, mereka dapat menyesuaikan maklumat yang telah mereka terima.

KOMPONEN KOGNITIF DALAM KURIKULUM PRASEKOLAH

Berdasarkan kurikulum prasekolah, pertumbuhan kanak-kanak dapat dicapai melalui 6 komponen bersepadu dalam pengajaran dan juga pembelajaran. Antara 6 komponen tersebut adalah:

1) Pertumbuhan fizikal

2) Bahasa dan komunikasi

3) Perkembangan sosial

4) Perkembangan kognitif

TEORI LEV VYGOTSKY




Korang tau tak yang Lev Vygotsky ni dia sangat terkenal sebagai psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosiologi. Teori yang dinyatakan oleh beliau adalah gabungan bagi teori kognitif dan juga sosial. Wah!!! Hebat sangat dia kannn. Lev Vygotsky ni, dia ada buat 3 bahagian bagi teori perkembangan kreatif iaitu Zon perkembangan proximal atau lebih dikenali sebagai ZPD, Perancah (Scaffolding), serta bahasa dan pemikiran.

1) Zon Perkembangan Maksimal




Zon perkembangan maksimal merupakan penerangan mengenai bagaimana sesuatu kemahiran yang sukar untuk dilakukan oleh kanak-kanak dapat dijayakan dengan bantuan serta bimbingan orang yang lebih dewasa atau rakan yang sebaya yang lebih mahir dalam sesuatu perkara.. Terdapat tiga had dalam ZPD iaitu had paling bawah adalah keupayaan kanak-kanak melakukan sesuatu perkara dengan bantuan daripada orang dewasa. Had atas ialah sesuatu perkara yang kanak-kanak dapat lakukan tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain.

 

2) Perencah (Scaffolding)

Korang tahu tak apa itu perancah? Ni perancah tau. Bukan perencah dalam masakan tu hihihiJ. Perancah ni merupakan perubahan yang berlaku pada tahap sokongan. Perancah merupakan istilah yang berkait rapat dengan perkembangan kognitif yang telah digunakan oleh Vygotsky untuk menggambarkan perubahan bagi sesuatu sokongan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu di mana berlakunya perubahan bimbingan mengikut tahap kemampuan anak-anak.

3) Bahasa dan Pemikiran

Menurut Vygotsky, kanak-kanak ni kan, mereka menggunakan pertuturan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Beliau juga percaya bahawa kanak-kanak pada usia ini dapat menggunakan bahasa untuk membimbing, merancang serta dapat memantau tingkah laku mereka.

PERANAN GURU DALAM ICT




Korang tau tak, guru perlu memainkan peranan mereka dalam membantu dan mendidik kanak-kanak dalam menggunakan ICT. Pada masa kini, kanak-kanak lebih suka menggunakan peralatan yang canggih berbanding belajar dengan menggunakan buku. Guru perlu mengetahui cara agar kanak-kanak tersebut tidak bosan apabila ketika belajar di dalam kelas. Pada era 21 ini, para guru perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan ICT dan guru perlu menggunakkan apa yang telah mereka pelajari mengenai ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara peranan guru dalam ICT adalah:

1) Memberi peluang belajar yang sama iaitu kepada semua pelajar dengan kebolehan yang berbeza.

2) Mempelbagaikan proses bagi pengajaran dan pembelajaran.

3) Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan bagi hasil bagi sesuatu pembelajaran.

 

Sekian sahaja cerita daripada saya. Moga kita berjumpa lagi di topik yang akan datang. Bye J










                    RUJUKAN
                   
        http://kgbandong.pixmaxis.my/aktiviti/2017/eKelas.html 

        http://novehasanah.blogspot.com/2015/12/zpd-zone-of-proximal-development.html

       https;//www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget 

       https://www.slideshare.net/IzztNajmi/teori-kognitif-lev-vygotsky 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

  Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 t...