Rabu, 23 September 2020

KENAPA ICT? (BAB 3)

 

Assalamualaikum dan hai semua!!! Pejam celik-pejam celik sekejup sahaja dah masuk penghujung bulan 9. Dah nak masuk bulan 10 pula kan. Rasanya baru je saya masuk belajar di Universiti awal bulan 9. Masa begitu cepat berlalu tanpa kita sedar. Saya merasakan masa begitu terlalu pantas dan sekarang saya dah belajar bab 3 dalam ICT pendidikan awal kanak kanak. Sekejup je dah belajar bab 3 kan. Hargai masa yang diberikan untuk cuba menggali seberapa banyak ilmu yang ada di muka bumi ini. Semoga penyampaian yang akan di sampaikan ini akan dapat memberi manfaat buat semua. Jika terdapat kesalahan atau apa-apa sahaja, anda semua boleh komen sahaja ya kerana saya budak baru belajar. J


3.1 KEBAIKAN MENGGUNAKAN ICT DENGAN GAYA PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang berusia antara 2 hingga 6 tahun di peringkat pra-operasi dengan masih menggunakan akal pemikiran (Auditori dan juga visual) untuk membina serta dapat mengumpulkan maklumat dan ia juga bergantung kepada persepsi langsung anak-anak (Persepsi kanak-kanak) dapat dibina melalui persekitaran, interaksi atau juga bahan. Kanak-kanak juga dapat mengetahui apa yang salah serta apa yang betul dengan cara mudah dengan menggunakan akal fikiran mereka dalam melakukan sesuatu perkara.

Dasar Wawasan 2020 juga telah memacu dalam penggunaan ICT secara meluas dalam pendidikan negara iaitu melalui pelancaran projek Koridor Raya Multimedia iaitu pada tahun 1997 melalui Projek Sekolah Bestari. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk membudayakan ICT di sekolah untuk merapatkan jurang digital yang dihadapi oleh negara berbanding dengan negara yang maju. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah melancarkan program pembestarian sekolah untuk tujuan melengkapkan murid dengan kemahiran Abad yang Ke-21 yang menekankan penggunaan ICT sebagai pemangkin. Penyediaan bagi capaian internet jalur lebar adalah melalui Projek SchoolNet yang dilaksanakan untuk semua sekolah iaitu secara meluas di seluruh negara. Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologi harus diutamakan bagi menghasilkan sesuatu pengajaran serta pembelajaran yang berkesan.

Antara kebaikan penggunaan ICT pembelajaran kanak-kanak adalah:

Ø  - Dapat meningkatkan kemahiran dalam ICT

Ø  - Dapat meningkatkan pembelajaran dan juga kefahaman

Ø  - Dapat meningkatkan akses memandu sendiri untuk mencari sesuatu maklumat 

    

3.2 KEBAIKAN MENGGUNAKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN JUGA PEMBELAJARAN

1) Dapat Menguasai Teknologi Terkini

Kanak-kanak akan dapat menguasai teknologi terkini yang akan membantu mereka dalam memahami bagi setiap mata pelajaran yang diproses, direkodkan, serta disimpan bagi setiap maklumat yang diperoleh.

2) Interaksi

Penggunaan ICT dapat menjadikan pengajaran dan juga pembelajaran lebih aktif serta dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang amat menyeronokkan. Guru juga dapat mempelbagaikan pelajaran serta tidak hanya menumpukan pada teknik, malahan ia juga dapat meningkatkan kualiti bagi sesuatu pengajaran.

3) Penilaian Dapat Dilakukan Setelah Aktiviti Selesai

Guru dapat memberikan banyak tugasan interaktif iaitu dengan memberikan kepada para pelajar aktiviti yang agak lebih mencabar serta menyeronokkan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan menggunakan pelbagai pilihan aplikasi internet di dalam talian.


3.3 KEKURANGAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kalau kita semua dapat lihat, ICT juga dapat memberikan kesan yang negatif terhadap kanak-kanak dan ianya boleh menjejaskan diri anak-anak. Ramai ibu dan bapa yang membiarkan anak-anak mereka untuk bermain dengan telefon bimbit, komputer atau televisyen dan membiarkan sehingga lama dan mereka tidak mengetahui bahawa perkara sedemikian boleh memberikan kesan yang negatif buat anak-anak. Ibu bapa dan guru juga perlu memantau apa yang dilakukan oleh anak-anak. Antara kekurangan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

1) Menjejaskan Kesihatan Kanak-Kanak

ICT akan memberikan kesan masalah kesihatan terhadap kanak-kanak iaitu berlakunya permasalahan seperti masalah penglihatan dan juga akan membuatkan kanak-kanak kekurangan nutrisi makanan kerana kanak-kanak tersebut hanya memberi tumpuan yang lebih terhadap permainan mereka sehingga mereka sanggup kelaparan dan tidak mahu makan.

2) Kurang Tidur

Ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak mereka dalam menggunakan teknologi komputer ini di dalam bilik tidur, ia akan mempengaruhi waktu tidur bagi kebiasaan anak-anak. Ia akan menyebabkan anak-anak akan tidur pada lewat malam. Hal ini akan menberikan kesan yang negatif terhadap prestasi serta kecergasan anak-anak dalam bidang akademik mereka.

3) Memberikan Kesan Terhadap Sikap

Kanak-kanak yang menonton terlalu banyak komputer dan telefon bimbit boleh menurunkan prestasi bagi akademik mereka dan terutamanya dalam kemampuan untuk membaca. Membaca memerlukan pendahuluan atau kedalaman tetapi pemikiran kanak-kanak yang menonton terlalu banyak televisyen akan menjadikan mereka kurang untuk sabar dengan mana-mana aktiviti yang memerlukan pembacaan.


3.4 FAKTOR DAN MASALAH KESELAMATAN DALAM MENGGUNAKAN ICT

Pertumbuhan ICT yang pesat dapat memberikan cabaran yang besar kepada keselamatan ICT. Ianya sejajar dengan peningkatan serta permintaan dan juga pertumbuhan, ancaman pencerobohan ICT juga dapat meningkat. Oleh itu, faktor dalam melaksanakan keselamatan ICT dalam pendidikan haruslah diambil kira. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, keseimbangan sering timbul iaitu yang berkaitan dengan kanak-kanak yang menggunakan komputer iaitu seperti:

a) Menganggu aspek perkembagan pemikiran kognitif kanak-kanak

b) Memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan sosial kanak-kanak

c) Menyebabkan kanak-kanak akan terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai

 

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam ICT iaitu seperti:

1) Forgery (Pemalsuan)

Forgery adalah merupakan penyamaran dan pemalsuan identiti iaitu dalam penghantaran sesuatu mesej iaitu melalui e-mel dan termasuk dengan penyalahgunaan serta mengenal pasti pencurian maklumat, penipuan dan juga pengintipan.

2) Malicious Code

Malicious Code adalah merupakan sejenis kod komputer yang amat berbahaya yang direka untuk mewujudkan sistem yang membawa kepada pintu belakang, pencurian maklumat serta pelanggaran keselamatan, data dan juga potensi kerosakkan lain iaitu pada sistem fail dan juga komputer. Ia juga merupakan ancaman yang tidak disekat oleh perisian antivirus iaitu dengan sendirinya. Menurut Kaspersky Lab, tidak semua bagi perlindungan anti virus dapat untuk menangani jangkitan tertentu iaitu yang disebabkan oleh kod yang jahat. Ia juga melibatkan serangan virus, worm, Trojan horse, spyware dan sebagainya.

                                            

                                                 

                                 

                                          

3) Spam

Spam merupakan emel yang dihantar ke akaun emel orang lain iaitu akaun emel yang tidak dikenali dan juga penghantaran dalam satu masa dan ianya secara berulang-ulang. Ini juga akan menyebabkan berlakunya kesesakan rangkaian serta tindak balas akan menjadi perlahan.

 

FAKTOR KESELAMATAN DALAM MENGGUNAKAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1) Membalas Kejadian Dalam Talian

Ruang dan sifat lingkup tugas dalam keadaan ini akan berbeza-beza iaitu mengikut sejumlah faktor. Misalnya tanggungjawab dan peranan pekerja iaitu sama ada kejadian tersebut berlaku di dalam atau pun di luar waktu persekolahan.

2) Pendidikan Keselamatan Siber

Setiap sekolah mempunyai tanggungjawab dalam mendidik para pelajar iaitu dalam menangani tingkah laku yang bertanggungjawab semasa dalam talian. Sumber serta strategi telah dikembangkan untuk menyokong kesejahteraan bagi semua pelajar. Sekolah sebaiknya cuba untuk mengambil dan menggunakan pendekatan holistic dalam pendidikan keselamatan siber. Isu serta amalan keselamatan siber perlu dimasukkan ke dalam perancangan kurikulum sekolah serta perlu di ajar secara tepat dan jelas.

 

 

RUJUKAN

https://www.kaspersky.com/resources-center/definitions/malicious-code

https://slideshare.net/ISMAILMAMAT/ict-dan-multimedia-kanak-kanak-prasekolah

https://sumberdigital.wordpress.com/2015/10/31/ict-dalam-pendidikan/

https://www.ukm.my/wadahict/547-2/

https://www.scribd.com/document/393638912/Kebaikan-Dan-Keburukan-Teknologi-Pendidikan-Dalam

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

  Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 t...