Rabu, 16 September 2020

PENDEKATAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (BAB 2)

 Hai semua! Bertemu lagi kita pada hari ini. Hari ini saya ingin menyambung mengenai ICT iaitu bab 2 iaitu mengenai pendekatan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak. Menarik jika kita belajar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Sebelum ini banyak juga benda yang saya tak tahu tetapi bila belajar mata pelajaran ICT ini baru lah saya tahu bahawa banyak benda yang saya tidak tahu lagi sebelum ini. Jadi, dalam bab 2 ni pelbagai benda yang korang boleh belajar. Pelbagai aplikasi yang korang boleh guna dan apa kegunaannya. Saya tahu ramai yang dekat luar sana yang tahu aplikasi itu wujud dalam google tetapi tidak tahu apa fungsinnyakan. Haa jom kita tahu sekarang 





Teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah bagi pengajaran dan pembelajaran iaitu menyelesaikan secara berkesan. Bagi pengajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan agar proses pengajaran itu dapat berjalan dengan berkesan, mencabar dan menarik. Kajian Hough dan Ellis (1997) mendapati bahawa ICT boleh membantu kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Komputer juga dapat mengubah kaedah bagi pembelajaran tradisional yang memerlukan guru untuk memberi arahan kepada pendekatan hands-on serta menggunakan sepenuhnya sifat inkuari yang ada dalam diri kanak-kanak, Bill Gates (1999).


PENDIDIKAN DALAM ICT

Teknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah iaitu dengan menggabungkan teori dan kaedah pengajaran iaitu dengan menggunakan alat dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu seperti internet (email, laman sesawang, portal, forum), arahan berdasarkan komputer serta video telekomunikasi. Dasar Pendidikan Nasional adalah digubal untuk memastikan kecermelangan sistem pendidikan iaitu dengan melahirkan generasi yang berpengetahuan serta menyumbang ke arah pembangunan negara. Aspek teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesesuatu dasar yang menyatakan bahava ICT adalah merupakan faktor yang penting dalam membantu pelajar untuk mencapai perkembangan dalam pendidikan. Pernyataan bagi dasar ini merangkumi:

1)  ICT sebagai alat pengajaran dan juga sebagai alat pembelajaran iaitu ICT dapat digunakan oleh pelajar ketika mereka hendak belajar

2) ICT adalah digunakan untuk semua pelajar

3)  ICT merupakan sebagai komponen mata pelajaran dan juga sebagai subjek


TUJUAN PEMBANGUNAN ICT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kalau awak semua nak tahu, pembangunan ICT dalam pendidikan di Malaysia ini adalah:

1) Dapat memperluas ICT iaitu berdasarkan kurikulum

2) Dapat meningkatkan penyelidikan serta pembangunan dalam ICT

3) Dapat meningkatkan sisitem bagi penilaian dalam menggunakan ICT 


KONSEP PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT dalam pengajaran serta pembelajaran bermaksud bahawa ICT dirancang serta sesuai untuk meningkatkan kecekapan bagi proses dan juga pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dirancang serta disesuaikan dengan keperluan pembelajaran iaitu seperti:

1) Dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mencabar serta menyeronokkan juga.

2)  Dapat meningkatkan kemahiran dalam ICT

3)  Dapat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar

4)  Membolehkan pelajar mengakses

-       

 Berdasarkan apa yang saya baca dan lihat, tiada kaedah yang boleh dikatakan ICT merupakan sesuatu kaedah yang terbaik yang harus digunakan oleh pelajar serta guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan cara yang terbaik yang perlu digunakan untuk memenuhi keperluan bagi para pelajar serta menghasilkan sesuatu hasil yang diharapkan iaitu dalam jangka masa yang bermunasabah. Saya tahu bahawa tidak semua pelajar tahu untuk menggunakan komputer, tetapi jika guru sering mengajar menggunakan teknologi terkini, secara tidak langsung pelajar cepat mengingati dan mudah menggunakan teknologi ICT tersebut.


KELEBIHAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP KANAK-KANAK

1) Kanak-kanak dapat menimba ilmu iaitu dengan contoh praktikal

2) Kanak-kanak dapat mempelajari iaitu meneroka serta membuat sesuatu penemuan yang baru dalam pembelajaran mereka.

3) Pembelajaran kanak-kanak lebih meluas dan tidak terlalu sempit atau terhad.

 

PENDEKATAN APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan adalah bermaksud kita cuba untuk memanfaatkan kemajuan teknologi era digital canggih serta moden iaitu sebagai pemangkin perkembangan dunia pendidikan. Dengan menggunakan perkakasan ICT sebagai alat teknologi pendidikan, pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan iaitu untuk meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sesi bagi pengajaran. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan yang besar kepada para pelajar dan juga kepada guru. Ini dapat membantu para pendidik untuk melakukan pelajaran dengan lebih cekap, menarik sehingga dapat memaksimumkan keberkesanan hasil bagi pembelajaran. Teknologi ini juga dapat membolehkan para guru untuk membuat persiapan yang lebih awal bagi setiap sesi, kerana guru dapat mencari sesuatu maklumat iaitu mengenai pengajaran yang ingin disampaikan dengan lebih cepat iaitu dengan menggunakan komputer, komputer riba dan sebagainya.


KELEBIHAN MENGGUNAKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1) Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif dan menarik

2) Membenarkan pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran selepas berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.


CONTOH APLIKASI YANG BOLEH MEMBANTU GURU

  Aplikasi Google

 Aplikasi Google ini boleh anda dapati secara percuma. Aplikasi ini banyak membantu guru dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik. Aplikai ini juga dapat mewujudkan “flipped classroom” iaitu di mana para pelajar dapat belajar dengan mengikut keupayaan mereka dan dapat belajar di mana-mana sahaja. Antara contoh Aplikasi Google adalah:

                                             
                                                                                              

                       
                                                                                                 




Google Drive, Google Slide, Google Sheet dan Google Form yang merupakan aplikasi yang sering digunakan oleh para guru.

  Decision Roulette




-   Aplikasi ini merupakan aplikasi yang berupa android yang boleh didapati melalui playstore. Ia merupakan permainan kuiz yang berbentuk putaran (Spinner) untuk menentukan soalan yang akan bakal dikemukakan, ganjaran, nama murid dan sebagainya. Apabila butang spin ditekan, aplikasi ini akan menentukan pilihan berkenaan sebaik sahaja roda diberhentikan. Para guru juga boleh cuba untuk mengolah pelbagai bentuk soalan atau apa sahaja yang bersesuaian dengan PDPC mereka iaitu dengan menggunakan aplikasi ini.

 

Padlet




Padlet adalah merupakan platform untuk pelajar belajar iaitu belajar koloboratif atau bersama. Padlet juga merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pengguna untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang mudah. Antara salah satu kebaikan Padlet adalah untuk menyediakan ruang iaitu di mana guru dapat memberikan topik kepada para pelajar serta pelajar tersebut dapat mengakses ke tempat nota, audio, gambar dan video iaitu mengenai topik tersebut. Aplikasi ini menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif. Pelajar juga dapat bertindak balas dengan menggunakan peranti mudah alih iaitu dengan mengakses internet dan juga guru dapat menilai pemahaman pelajar mengenai konspe pembelajaran secara formal.


REFLEKSI PEMBELAJARAN

Berdasarkan refleksi pembelajaran yang telah saya lihat dan belajar, terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar kanak-kanak. Terdapat pelbagai aplikasi yang terdapat di dalam Google yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak atau menyampaikan sesuatu maklumat. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih kreatif dan tidak membosankan pelajar dalam mempelajari sesuatu perkara. Walaupun kanak-kanak itu tidak hadir ke sekolah dan duduk di luar negara, pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk menghubungi dan mengajar kanak-kanak tersebut kerana pada zaman kini kita hidup dengan teknologi yang begitu canggih sekali dan mudah untuk didapati.  ICT merupakan salah satu perhubungan komunikasi antara satu sama lain kerana ICT adalah merentas sempadan. Terdapat juga cara bagaimana untuk menghasilkan sesuatu permainan dengan menggunakan aplikasi yang diberi . 

 




RUJUKAN

https://www.pendidik.com.my/2018/02/27/guru-aplikasi-ict-dalam-pdpc-abad-21/ 

https://prezi.com/p/21ebt9lq-qo2/apa-itu-padlet/ 

http://komputerdananda.blogspot.com/p/muka-2.html?m=1 

http://prasekolahrosniaida.blogspot.com/2015/05/ict-dalam-pendidikan-awal-kanak-kanak.html?m=1 


 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

  Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 t...