Selasa, 20 Oktober 2020

INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 



 


Pejam celik-pejam celik sekejup je masa dah berlalu kan hmm .Dah nak masuk minggu ke 10 dah tak lama lagi.Cepatnya masa berlalu. Dah nak habis semester 3 dah. Rasa baru je lagi belajar. Masa berlalu begitu pantas sekali kannn.Kalau tak guna peluang sebaiknya dengan mencari ilmu sangat merugikan. Kalau ada sedikit masa cari dan galilah ilmu kerana ia sangat berguna untuk membantu kita. Bukan dari segi ilmu dunia sahaja kita perlu cari tetapi ilmu akhirat pun perlu dicari juga.Kalau boleh biar seimbang kerana kita hidup di dunia hanya sementara dan dunia hanyalah tempat persinggahan buat kita. Selagi ada peluang untuk menuntut ilmu tuntulah ilmu. Sekarang dah minggu Ke-8 dah tau sekejup je kan. Jom kita sambung topik seterusnya iaitu mengenai integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

MATLAMAT INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah adalah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah. Teknologi memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan kanak-kanak. ICT juga menawarkan pendekatan yang baru iaitu belajar serta menguasai kemahiran yang baru. Kanak-kanak perlulah belajar dengan menggunakan ICT iaitu dengan cara yang bermakna. Jika ICT tidak digabungkan sepenuhnya ke dalam kokurikulum, ia boleh memberi eksan negatif terhadap kreativiti kanak-kanak. Pada tahun 2002, program ICT di Prasekolah menjadi satu elemen yang penting dalam kurikulum Prasekolah serta dianggap sebagai salah satu komponen dalam kurikulum Prasekolah kebangsaan.

            Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan awal kanak-kanak perlu dirancang dengan baik dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak mesti sesuai dengan usia kanak-kanak.

 

KENAPA INTEGRASI ICT PENTING?




Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang serta bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan ICT dalam melibatkan guru serta pelajar. Ini bermaksud ICT digunakan sebagai wahana pengajaran dan pembelajaran dan bukannya belajar mengenai ICT. Penggunaan teknologi perlu disatukan dengan kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasikan ICT untuk menambah nilai aktiviti dalam pelajaran.

            Selain itu, ICT juga perlu dasatukan agar proses pengajaran dapat menjadi lebih berkesanserta menarik. ICT juga dapat membantu kanak-kanak untuk membuat sesuatu yang kreatif. ICT juga perlu disatukan ke dalam pelbagai komponen iaitu seperti penyatuan bahan pengajaran, persekitaran yang sesuai dan juga minat kanak-kanak dengan gaya pembelajaran.

 

 KEBAIKAN INTEGRASI ICT DALAM PENDIDIKAN

1) Meningkatkan kefahaman kanak-kanak dalam pembelajaran

2) Meningkatkan imaginasi serta kreativiti kanak-kanak

3) Meningkatkan kemahiran ICT

4) Membina persekitaran pembelajaran yang mencabar dan seronok

 

TERDAPAT JUGA BEBERAPA FAKTOR YANG TERHAD DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI INTEGRASI DALAM SEKOLAH

 1) Guru yang menolak perubahan

2) Berlakunya maalah kewangan

3) Kekurangan tenaga pekerja

4) Kekurangan perkakasan dan perisian

 

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat daripada 2 aspek iaitu:

1) Pengajaran (Guru menggunakan ICT)

2) Pembelajaran (Pelajar menggunakan ICT)



Dalam pembelajaran, penggunaan ICT dapat dilakukan melalui pelbagai kaedah pembelajaran iaitu:

1) Pembelajaran Tutorial

Pembelajaran tutorial merangkumi pembelajaran ekpositori iaitu di mana guru akan menyampaikan maklumat pasif kepada kanak-kanak. Demonstrasi ditunjukkan kepada kanak-kanak untuk menggunakan alat yang dikendalikan oleh sistem. Alat ICT yang paling biasa digunakan untuk pembelajaran tutorial adalah seperti menggunakan komputer dan perisian pendidikan iaitu sama ada di simpan dalam CD Rom, cakera keras atau laman web. Penggunaan alat lain juga adalah termasuk e-mel( mel elektronik)

2) Penerokaan Pembelajaran

Penggunaan ICT dalam pembelajaran eksploratif akan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk cari dan mengakses sesuatu maklumat, pengalaman dan mempelajari pelajaran serta menonton demonstrasi. Pendekatan ini juga menyokong pendekatan konstruktivisme yang mana teori pembelajaran yang menekankan pada pemikiran kritis, penyelesaian sesuatu masalah dan pengetahuan membina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh adalah di dalam kelas sejarah, guru akan merujuk kepada “Words” atau ensiklopedia dalam talian.

3) Alat Aplikasi

ICT sebagai alat aplikasi yang membantu kanak-kanak untuk melaksanakan tugas pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan perisian aplikasi umum iaitu seperti MS Paint dalam menyusun gambar atau perisian aplikasi khusus seperti Dot to dot editor dalam pembelajaran

 

 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGINTEGRASIKAN ICT DENGAN BERKESAN

1) Buat pasukan sokongan

2) Memilih perisian yang sesuai

3) Latihan mengenai cara-cara menggunakan sesuatu komputer.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi adalah sesuatu perkara yang amat penting untuk kita pelajari dalam era teknologi ini. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran agar dapat melahirkan pelajar yang lebih berkemampuan. Teknologi maklumat dan komunikasi telah diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kita dapat simpulkan bahawa dengan mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dapat melahirkan generasi yang celik teknologi maklumat.




 

RUJUKAN

https://www.academia.edu/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran

https://www.slideshare.net/AinaShafina/pengintegrasian-teknologi-dalam-pdp

https://www.thestar.com.my


 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

  Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 t...