Hai
korangggg!!! Hari ni sis nak sambung share mengenai topik baru tauu iaitu
mengenai isu berkaitan dengan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Okayy jom
kita lihat apa yang ada dalam topik ni hehehe.
Okay
first sis nak share apa itu definisi teknologi. Teknologi ni adalah merupakan
aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta dapat menyelesaikan
sesuatu masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian manakala maksud
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaan ICT secara
terancang serta bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan bagi proses dalam
sesuatu pengajaan serta pembelajaran.
Okay next jom kita lihat pula apa
manfaat yang kita akan dapat kalau kita gunakan ICT dalamm pengajaran dan
pembelajaran. Kalau kita atau guru guna Ict ni dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru dapat meluaskan konsep pembelajaran iaitu di mana guru dapat
menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik
yang memerlukan sesuatu aktiviti pengayaan. Ia juga membolehkan murid-murid
untuk mengakses maklumat yang sukar diperoleh. Penggunaan ICT juga dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Guru juga dapat
mempelbagaikan lagi proses pengajaran dengan menggunakan kemudahan ICT.
Okay guysss belum habis cerita lagi.
Jom sambung lagi hehehe. Sekarang kita lihat pula apa cabaran penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara cabaran penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah penerimaan ICT oleh warga pendidik. Masih
terdapat lagi golongan warga pendidik yang belum bersedia menerima sesuatu
perubahan. Guru juga perlu dilatih dan dibekalkan dengan kemahiran ICT supaya
dapat melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu adalah
keselamatan ICT. Terdapat juga pelbagai ancaman serta serangan siber yang
dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang dikenali sebagai
penggodam. Ancaman juga terdiri daripada beberapa jenis virus komputer, malware
dan cyberstalking.
So secara kesimpulannya, proses pelaksanaan
transformasi bagi pendidikan memerlukan pendekatan serta strategi baharu agar
setiap murid mampu untuk menguasai sesuatu kemahiran yang diperlukan dalam abad
yang Ke-21. Tonggak utama dalam penyampaian Dasar bagi ICT dalam pendidikan
adalah merupakan modal insan, belnjawan,infrasstruktur, dan sumber pembelajaran
digital. Keempat-empat tonggak utama bagi dasar ini perlu menampakkan hasil
nyata iaitu sesuatu keputusan yang boleh diukur yang dapat menyumbangkan kepada
peningkatan sesuatu pencapaian murid serta matlamat lain iaitu pada peringkat
kebangsaan.
RUJUKAN
https://emilychristinaedu3053.weebly.com
https://www.researchgate.net/publication
https://www.slideshare.net/SuhailiHanafi/cabaran-dan-isu-penggunaan-ict-dalam-pendidikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan