Jumaat, 23 Oktober 2020

PENILAIAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (BAB 9)





Assalamualaikum dan selamat petang semuaaa. Hari ini sis nak sambung berkongsi cerita mengenai penilaian ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak pula hehehe. Jom kita mulakan.


PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENILAIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penilaian adalah proses yang sistematik untuk mengumpulkan sesuatu maklumat iaitu mengenai perkembangan pelajar untuk membantu guru membuat sesuatu penilaian iaitu mengenai kanak-kanak.Tujuan adanya penilaian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti susulan yang sesuai untuk membantu kanak-kanak mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran mereka di prasekolah. Proses penilaian ini adalah melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis serta menafsir sesuatu maklumat yang diperolehi.

            Maklum balas yang diberikan semasa atau selepas melakukan sesuatu aktiviti penilaian adalah merupakan faktor yang penting untuk menjayakan proses penilaian. Pertimbangan juga harus diberikan kepada keperluan anak, psikologi kanak-kanak, perasaan anak-anak serta teori bagi perkembangan kanak-kanak ketika proses penilaian dikembangkan. Untuk memastikan kanak-kanak mecapai satu tahap pengetahuan serta kemahiran tertentu sebelum memulakan sekolah formal. Standard pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK haruslah mendapat pengakuan oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini.


GAMBAR RAJAH PROSES PENILAIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

 

1) PERANCANGAN

Mendefinasikan konstruk dan kaedah. Sebelum guru membuat penilaian terhadap seseorang pelajar, guru perlu merancang untuk mengetahui siapa yang hendak dinilai , perkembangan yang hendak diberi tumpuan dan begaimana untuk merakam.

 

2) MEMBINA

Membina instrument dan membentuk prestasi standard. Guru harus mengambil kira sesuatu hasil pembelajaran iaitu seperti dalam komponen kurikulum prasekolah kebangsaan.

3) PELAKSANAAN

Pemantauan dan menilai tingkah laku. Penilaian boleh dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik untuk mengumpulkan data atau maklumat serta merekodnya dengan tepat.

4) RAKAMAN

Simpan bukti. Merakam adalah aktiviti yang memantau maklumat iaitu mengenai perkembangan, kemampuan, kemajuan serta pencapaian seseorang pelajar. Maklumat mengenai rekod juga harus dikemaskinikan untuk memudahkan guru untuk membuat rujukan mengenai pembelajaran pelajar. Kaedah mengumpulkan serta mencatatkan maklumat boleh juga dilakukan melalui senarai semak, rekod secara berterusan.

5) ANALISIS

Menganalisis data yang telah dikumpulkan. Data atau sesuatu maklumat yang diperoleh akan dianalisis serta hasil yang telah diperoleh akan menentukan tindakan susulan oleh guru.

 

Semoga apa yang disampaikan ini akan memberikan manfaat kepada anda semua ya. Babaiii semoga berjumpa lagi di lain hari. See you….






 

 RUJUKAN

https://ejournal.upsi.edu.my

https://www.openlearning.com

https://www.teacherlyyears.com

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

  Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 t...