Khamis, 22 Oktober 2020

KONVOKESYEN VIRTUAL

 



Haiii semuaaa!!! Harini sis nak cerita mengenai konvokesyen virtual di Kolej kami iaitu di Universiti Kolej Yayasan Pahang. Apa yang saya dapat lihat adalah berlakunya perubahan macam kalau kita tengok dulu pelajar yang convo mereka akan mengambil anugerah di atas pentas tetapi berlaku perubahan sekarang adalah disebabkan berlakunya pandemic Covid-19, jadi proses untuk melakukan majlis istiadat secara bersemuka tu tidak dapat kerana risau dijangkiti dan tidak boleh terlalu ramai orang. So, alhamdulillah saya lihat konvokesyen berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Konvesyen yang dijalankan adalah secara virtual konvokesyen. Tahniahhhh kepada semua pelajar yang telah berjaya convo dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Semoga sekarang impian korang akan tercapai aamiin. Kalau sebelum ni apa yang sis nampak dan dengar, rata-rata ramai pelajar dari mana-mana university yang tidak bersetuju majlis konvokesyen di jalankan secara virtual sebab mereka berasa tidak puas hati. Bagi sis lah kan, ada baiknya juga mengapa dijalankan sedemikian. Apabila adanya konvokesyen secara virtual, ia dapat mengelakkan daripada dijangkiti virus Covid-19. Kalau berkumpul beramai-ramai pun kita tak tahu kan dalam kalangan kita siapa yang terkena virus tersebut. Nanti kang susah pula. Apa yang dilakukan oleh pihak kementerian dan pihak kerajaan ni adalah cara yang terbaik .At least masih boleh buat konvokesyen lagi dan bergambar dengan family kan daripada tak buat langsung lagi tak seronok huhuhu.

            Sis cerita ni korang faham ke tu?? faham ke konvokesyen virtual tu macam mana?? Sis tahu ada di kalangan kita ni yang tak berapa tahu sebab benda ni pun baru lagi. Sis pun baru juga tahu benda ni. Apa konvokesyen virtual ni? Konvokesyen secara virtual ni adalah di mana pelajar akan memakai jubah konvokesyen dan mereka akan duduk di hadapan green screen yang telah disediakan. Pelajar tu perlu duduk bergambar di hadapan green screen dan juru gambar akan merakam gambar tersebut. Walaupun Canselor dan naib Canselor tidak hadir pada waktu bergambar itu,tetapi gambar itu mereka akan edit dan gabungkan dan seterusnya jurugambar akan cetakkan gambar tersebut dan memberikan kepada pelajar . 





Untuk menghadiri majlis konvokesyen ini, pihak Universiti tidak membuka kepada terlalu ramai pelajar. Maksudnya pada setiap hujung minggu, pihak Universiti iaitu hari sabtu dan ahad sahaja untuk membuka sesi kehadiran konvokesyen. Pihak pelajar juga perlu mengisi borang temu janji sebelum hadir ke majlis tersebut.Dengan membuat temu janji ni supaya tak terlalu ramai pelajar yang hadir. Secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya Covid-19.





Apabila proses konvokesyen virtual di jalankan, cara yang dilakukan adalah ibu bapa dan keluarga akan melalui proses saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan memasuki kampus. Para pelajar kemudian mereka akan ambil dan memakai terus jubah konvokesyen lalu akan merakam gambar di hadapan green screen yang telah di sediakan. Seterusnya, gambar pelajar beserta dengan Canselor atau naib canselor yang telah di edit akan diberikan kepada pelajar melalui cetakan gambar atau di hantar melalui alamat e-mel. Pelajar juga diberikan masa untuk bergambar bersama-sama dengan ahli keluarga di ruangan yang telah disediakan sebelum memulangkan semula jubbah konvokesyen.


   Bagi sis setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya betul tak. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Sokay at least dapat merasa konvo. Sis berharap sis dapat konvo dengan jayanya suatu hari nanti.

 



 

 

RUJUKAN

https://konvo.ucyp.edu.my

https://says.com/my/seismik/uitm-cadang-buat-konvokesyen-stail-green-screen-sebab-pkpp

https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/norma-baharu-majlis-konvo-uitm-ambil-skrol-secara-temu-janji-guna-skrin-hijau/

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN DAN MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

  Haii korang semuaaa!!! Sis sedih lah harini. Sis sedih sebabnya dah nak masuk ke penghujung tahun dah. Sis rasa baru je lagi sis umur 21 t...