Hai koranggg!!! Haritu kami ada program dekat kolej kami di Universiti Kolej Yayasan Pahang. Majlis tu dihadiri oleh Prof Adjung Dato Noraini. Sangat seronok masa tu sebab ia adalah mengenai program “Etika dan Cabaran Pengusaha Tadika”. Itu adalah kali pertama saya menjadi sebagai emcee dan duduk di hadapan orang ramai maksudnya bukan kali pertama jadi emcee, sebelum ni pernah je jadi emcee tapi emcee dekat sekolah je dan dalam proram yang tidak formal dan ini merupakan kali pertama saya menjadi emcee dalam program di Universiti dalam majlis yang formal.
So perasaan dia of courselah debar dan takut. Nak tak
nak kita kena face it juga. Kita perlu berani dengan diri sendiri dan perlu
tampil ke hadapan untuk menjadi seorang yang berani. Lagi satu sebab dah lama
tak jadi emcee kan. Sokaylah, at least I’m try my best. Kalau ada cacat cela tu
biasalah lah. Nama pun manusia yang tak sempurna. At least I’m try untuk jadi
emcee. Insha Allah jika diberi lagi peluang untuk majlis akan datang, saya
ingin menjadi emcee lagi dan saya nak lebih berkeyakinan diri yang tinggi agar
lepas ni tak malu dan lebih berani. So ada kebaikannya juga kalau kita berani
tampil ke hadapan dan duduk di hadapan kerana kita dapat membina keyakinan diri
kita serta menjadikan diri kita lebih confident. Itu menjadikan satu pengalaman
yang menarik dalam hidup saya. Walaupun sebelum ni pernah menjadi pengawas dan
menjadi emcee untuk majlis tertentu, tapi dah lama tak jadi gugup juga. Insha
Allah jika di beri lagi peluang saya akan sentiasa memperbaiki diri saya untuk
lebih berani. Program tu sangat bermanfaat dan dapat memberikan input kepada
para pelajar iaitu mengenai usahawan tadika. So seronok sebab pihak bidang
pendidikan awal kanak-kanak dapat menghasilkan sesuatu program yang memberi
manfaat dan saya berharap agar semakin banyak lagi program yang akan dijalankan
agar dapat membuka minda yang lebih
meluas buat pelajar dan agar dapat menambahkan input dan ilmu pengetahuan buat
pelajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan